1. Copy badge "2008 Cute's 3logger Award" di atas untuk diletakkan di blog anda.
2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.
3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnye (anda di-tag).
4. Anda perlu memilih 5 penerima award seterusnye dan menyatakan nama mereka di blog anda.
5. Jangan lupe melawat blog kawan anda dan meninggalkan komen yang menyatakan mereka telah ditag.
--------------------------------
1. Done
2. Award yang tidak seberapa ini telah diberikan oleh Sangkai (name can be very deceiving, actual person very handsome!) someone baru kenal through someone. He is a nice person and sensitive (yes he almost cried while blowing candles on his cake) who loves to write elaborated and very heavy issues, very opinionated blog concerning life, love and lack of love, and about his cats (11 of them) but at the same time like to drive car very fast in broad daylight because he cannot see well at night(very-very contradictory kan). eh aku kena ceritakan pasal orang tu ke sebenarnya ni.
3. 10 fakta mengenai saya.
i. Saya sangat pemalas. Bila saya makan saya tidak akan terus membasuh pinggan, saya tunggu dah penuh sinki baru basuh. Alasannya dengan cara ini akan lebih menjimatkan air dan sabun dan tenaga. Jika saya membasuh baju, saya akan mencampurkan semua sekali, dan tak tengok pun apa dalam poket baju dan seluar tersebut dan menyebabkan mesin basuh selalu rosak kerana membasuh duit syiling.
Pernah sekali saya terpaksa membuang beberapa helai baju dan menghantar baju dan seluar ke dobi semula sebab saya telah membasuhnya dengan tissue-tissue sekali. Bagi saya , utk semua perkara ada cara yang mudah untuk dilakukan, dan kita kena mempermudahkan segala-galanya. Walaupun selalunya gagal
ii. Saya sangat suka makan dan masak. Saya mampu menonton AFC selamat 10 jam berturut-turut dan boleh menghafal setiap bahan yang digunakan, walaupun begitu saya tidak pernah memasak atau mengaplikasikan apa yang dipelajari di AFC kerana saya suka memasak mengunakan teknik hentam kromo dan campak-campak sahaja. Namun begitu Saya tidak mengemari makanan sendiri.

Saya suka makanan yang mengunakan cili yang banyak tetapi tidak pedas. Bagi saya tukang masak yang hebat adalah mereka yang mampu mengunakan banyak cili, tetapi masakan mereka tidak pedas.
Maklumlah oghang nogoghi lah kato eh.
iii. Saya suka membaca. Apa sahaja saya baca. Saya membaca di mana sahaja, dan saya tidak boleh membuang air besar dengan tenteram jika saya tidak membaca. Tetapi buat masa ini saya terlalu suka membaca, menulis dan mengomen blog. Saya akan mengrefresh blog yang saya suka berkali-kali walaupun saya tahu, penulis itu baru sahaja mengepos blognya 10 minit sebelumnya, dengan harapan dia mengepos entri terbaru.

Kadang-kadang saya akan tersenyum sendiri dan berangan bila membaca blog-blog itu. Saya terlalu suka membaca rasa dan citarasa seseorang. Kadang-kadang saya rasa ada penulis blog yang tidak patut menulis blog sebab dia bodoh dan tulisannya membuat saya rasa bodoh membacanya, tetapi saya tetap membacanya juga, kerana saya terlalu suka membaca blog.
iv. saya adalah seorang yang sangat-sangat pemalu bila berjumpa orang baru. Selalunya saya akan mendiamkan diri dan melihat tingkah laku orang itu dahulu. Kalau saya suka dengan orang itu saya akan berminat utk mengenalinya lebih lanjut, jika saya tidak suka saya tidak akan membuang masa dengan nya lagi. Pada ketika itu saya akan membuat andaian apakah jenis masa depan yang sesuai dan jenis pembawaan atau bagaimana orang yang saya tidak suka itu dibela oleh keluarganya (selalunya saya beranggapan negetif).

Ironiknya pula, tugas saya memerlukan untuk saya bercakap kadang-kadang di hadapan 200 orang, (pernah mencapai 500 penonton). Saya bayangkan semua pendengar itu adalah tidak pandai dan saya perlu bercakap supaya mereka jadi pandai, walaupun selalunya saya melihat muka mereka seperti tidak faham dan tidak puas hati. Oleh itu saya hanya melihat telinga dan hidung mereka sahaja, seolah-olah saya sedang memerhatikan mereka. Tetapi sebenarnya tidak.
v. Saya suka bercakap. Walapun saya seorang yang pemalu, tetapi saya suka bercakap non stop secara tidak sengaja. Kadang-kala saya terus bercakap ketika saya sedang tidur dan kadang kala saya bercakap dengan diri sendiri ketika membuang air besar. Jadi untuk mengelakkan saya digelar gila, saya menyanyi ketika berada di dalam bilik air.
vi. Saya bercakap tidak henti-henti dengan diri saya dan dengan orang yang saya rasa selesa kerana saya terlalu suka berfikir. Saya berfikir sentiasa, ada je menda saya dok fikirkan. Dan selalunnya saya menjadi frust kerana apa yang saya fikirkan selalunya tidak dapat saya jadikan kenyataan, dan hasilnya saya memikirkan alternatifnya pula dan masih menjadi frust, dan seterusnya.
vii. Saya benci dengan orang bodoh sombong. Ada 5 jenis manusia di dalam dunia
a. Yang pandai dan tau dia pandai
b. Yang pandai dan tak tau dia pandai
c. Yang bodoh dan tak tau dia bodoh
d. Yang bodoh dan tau dia bodoh
e. Yang bodoh yang rasa dia tak bodoh
Kategori yang ke lima yang juga dikenal sebagai bodoh sombong itu menyebabkan saya terlalu membenci mereka. Saya rasa mereka tidak patut bercampur dengan komuniti manusia dan sepatutnya diciptakan zoo khas untuk mengurung orang-orang sebegini. Tetapi disebabkan jumlah orang sebegini adalah terlalu ramai dan tidak cukup zoo untuk menyimpan mereka, jadi saya terpaksa terima kenyataan bahawa saya perlu tinggal dengan mereka selagi saya ada ruang dan peluang untuk terus membenci dan memperbodoh-bodohkan mereka.
Hik.
Saya juga tidak boleh menerima orang yang rasa dia tau segala-galanya, and expect in everything dan merasakan diri mereka sehebat enstein dan jika, enstein tidak mencipta relativity theory, dia sebenarnya yang akan menjumpai theory tersebut. Cerita politik dia tau, cerita kimia dia tau, cerita kartun dia tau, cerita hantu dia tau, cerita biologi, cerita ekonomi, cerita pengurusan semua dia tau lah, walaupun sebenarnya mereka tidak tau (read : bodoh sombong). Kerana tuhan tidak pernah mencipta makhluk yang tahu segala-galanya. Malangnya sepanjang saya hidup, saya jumpa dengan orang seperti ini.
Saya selalu cakap, " its oke to be normal"
viii. Tetapi saya selalu tertarik dan terpikat dengan orang yang bijak. Saya rasa orang yang bijak pandai itu adalah seksi, romantic dan mengiurkan. Doctor, lawyer, statesmen, akauntan, pakar matematik, ceo multi national dan sebagainya adalah manusia yang seksi dan comel dan menarik. Walaupun orang itu nampak selekeh, bercermin mata tebal, rambut tidak sikat, memakai seluar di atas pusat dan sebagainya dia tetap nampak seksi. Lebih seksi adalah orang yang kaya. Ini kerana orang kaya tidak boleh bodoh, kalau dia bodoh dia tak kaya.
As oppose kepada orang yang tidak pandai dan berlagak pandai, secantik mana orang itu pun, saya nampak dia macam badut sarkas yang sebenarnya bodoh.
Tapi paling saya suka sekali adalah orang yang dilahirkan dengan talent secara semulajadi, atau orang-orang berseni. Ahli musik, pelukis, penulis, penyanyi, arkitek, pembuat bomb atom, dan sebagainya adalah paling seksi. Tapi mereka perlu dalam kategori orang seni yang hebat, dan bukan tangkap muat.
ix. Saya sangat suka dengan seni. Saya teringin menjadi seorang manusia yang cultured gitu. Saya suka kan music, dan cuba untuk mendengar dan appreciate apa saja bentuk musik, dan meyakini diri saya sendiri bahawa seni itu datang dalam banyak bentuk (walaupun saya rasa pening kepala bila mendengar music heavy-heavy metal yang ada sebut satan! Di dalamnya, muntah ketika mendengar music hiphop, dan muntah darah bila mendengar house music).

Saya suka menonton wayang dan menonton apa sahaja cerita, termasuk filem asing yang saya tidak faham, kerana semua orang seni melakukannya. Saya juga suka menonton teater, kerana saya tidak ada pilihan disebabkan teater yang bagus selalunya mahal jadi saya menonton teater2 bengap yang tak best dan cuba memberi good review dan mencarik sesuatu yang baik utk diperkatanya supaya saya nampak seperti a cultured man, walaupun sebenarnya saya menyumpah seranah dan menyesal melihat teater-teater tersebut.
Saya pernah bercita-cita untuk menjadi ahli musik, sebelum saya bertukar cita-cita untuk menjadi pelukis, sebelum saya bercita-cita untuk menjadi pereka fashion dan seorang chef. Sekarang saya bercita-cita untuk menjadi penulis, dan masih kekal cita-cita itu sehingga satu tempoh cita-cita itu berubah.
x. Saya sangat suka berangan.
sekian sahaja 10 perkara mengenai saya.
4. Saya tag manusia-manusia berikut untuk meneruskan tag ini.
1. Tun Dr. Mahathir
2. Lim Kit Siang
3. Lim Guan Eng
4. Datuk Seri Anuar Ibrahim
5. Karpal Singh

3 comments:
hahah.,.. adeih.. pecah perut gue membaca.
you are really something lar fiebs.
cheers,
tag obama! tag obama!
hahaha... lawaklah sis.. really!!! maybe u can be a joker also..
Post a Comment