Lagu-lagu yang akan dipertandingan malam ini adalah
1. Bukan Disini – Sofaz
2. Lagu Kita – Aizat
3. Dusta Berkalang – Aiman
4. Cuba – Faizal Tahir
5. Yang Pernah – Estranged
6. Bila Nak Saksi – Spider
7. Doa Dalam Lagu – Zahid & Heliza
8. Sampai Syurga – Faizal Tahir
9. Hanya Di Mercu – Ayu
10. Aku Stacy – Stacy
11. Dingin – Ziana Zain
12. Kalis Rindu – Elyana
13. Persoalan Cinta – Farawahida
14. Lagu Untukmu – Meet Uncle Hussain
Saya meramalkan lagu-lagu berikut akan memenangi kategori masing-masing. Pemilihan adalah berdasarkan pada kekuatan lagu-lagu tersebut dan populariti lagu-lagu tersebut. Ramalan kali ini melihat pada kekuatan lagu tersebut dari kelainan, tahap malarsegar (evergreen) dan nuance yang segar (freshness) lagu-lagu tersebut.
Etnik Kreatif : Sure winner adalah Doa dalam Lagu oleh Zahid dan Heliza. Dua lagu lain di dalam kategori yang sama adalah tidak kuat langsung
Pop rock : Ini adalah kategori paling sukar kerana kesemua lagu-lagu yang bertanding di dalam kategori ini mempunyai kekuatan masing-masing. Dua lagu paling dirasakan mampu menjuarai kategori ini adalah Kalis Rindu oleh Elyana dan Lagu Untuk mu oleh Meet Uncle Hussien. Kedua-dua lagu ini adalah terlalu berbeza dari lagu-lagu dalam kategori yang sama.
Tetapi blog ini meramalkan juara kategori ini adalah Lagu Untuk Mu oleh Meet Uncle Hussien, jika anak-anak buah pak hussein (ada ke?) ini mampu melakukan sesuatu di luar jangkaan (menyanyi sampai anak tekak dan mata tercabut.
Lagu Favorite yang menjadi siulan dan dinanti-nantikan oleh semua penyanyi Karaoke di seluruh Malaysia, tetapi belum ada lagi di pusat karaoke adalah lagu Cuba oleh Faizal Tahir. Lagu ini mempunyai melodi yang sedap, dan mudah diterima dan lirik yang mudah tetapi bermakna.
Blog ini meramalkan lagu ini akan mengungguli kategori Balada.
Overall winner,
Terdapat 2 ramalam pemenang, iaitu
1. Coba oleh Faizal Tahir, jika Kalis Rindu, tidak memenangi kategori Pop Rock
2. Meet Uncle Hussien jika ia berjaya memenangi kategori Pop Rock.
3. Persembahan Terbaik : Meet Uncle Hussien.
Sekian terima kasih.
3 comments:
I kinda liked Faizal Tahir's performance on Sampai Syurga. Meremang bulu.....
Cheers
dah lebih 20 tahun juara lagu ni, tapi aku masih tak faham lagi camana diaorg evaluate lagu2 ni utk compete satu sama lain...
how arr?
indie tengah naik... zaman dah berubah.. dunia dah maju... budak2 skrg bukan buat lagu bukan mcm dulu.. main letak jer.. siap blaja music engineering lagik =) susunan music, lirik n penyampaian tu.. baru org paham ape yg dorang cuba sampaikan dari lagu dorang. sekian, trima kasih. salam~
Post a Comment