Masyarakat Madani : Civil Society
Dalam konteks yang dipermudahkan, dalam erti kata bahasa, civil society dikenali sebagai masyarakat madani.
Namun begitu, banyak kerti kata lain yang sering dikaitkan dengan istilah ini dan sering digunakan dalam makna yang berbeza-beza. Jika di dalam bahasa inggeris, civil society di ertikan sebagai kontraposisi kepada sebuah masyarakat military. Tapi pengunaan masyarakat civil dan masyrakat madani mempunyai pengaruh yang berbeza-beza. Untuk tujuan penyelarasan kita terima pendefinasian masyarakat madani ini sebagai civil society.
Terdapat berbagai karektoristik masyarakat Madani, di antaranya adalah.
1, wujudnya integrasi ekslusif antara individu-individu dan kelompok dalam masyarakat melalui kontrak social dan kerjasama social.
2.Terdapat gabungan kekuasaan yang besar sehingga semua kepentingan masyarakat dapat didominasi oleh kumpulan besar, tetapi dapat dikurangi oleh kekuatan-kekuatan alternative.
3. terdapat program-progam pembangunan yang didominasi oleh pembangunan yang berasaskan masyarakat.
4. Kepentingan-kepentingan individu dan Negara boleh diserap kerana terdapat organisasi-organisasi sukarela yang mampu memberi kesan kepada keputusan pemerintah.
5. Kreativiti akan berkembang dengan baiknya, kerana tidak dihalang oleh pemerintan yang berbentuk totalitarian.
6. Tahap kesetiaan (loyalty) dan kepercayaan (trust) yang tinggi kerana semua individu mengakui hubungan dengan orang lain dan tidak mementingkan kehendak individualistic.
Dan lain-lain lah.
Dari , beberapa citi tersebut bolehlah dikatakan bahawa masyarakat madani adalah sebuah masyarakat demokratik yang mana semua ahli di dalamnya menyedari hak-hak dan kewajipannya di dalam masyarakat, menyuarakan pendapat, dan mewujudkan kepentingan-kepentingan, di mana pemerintahannya akan memberi peluang yang seluas-luasnya bagi membugarkan kreativiti rakyat untuk mewujudkan program-program pembangunan di wilayahnya.
Shah alam adalah sebuah contoh bandaraya yang telah diangkat sebagai bandaraya Madani. Pembentukan sebuah masyarakat Madani ini telah dibuat sejak sekian lama ketika seseorang itu telah menjadi orang penting di dalam negara lagi. Lama dah tu. Malahan, perkataan yang cukup asing ini sendiri telah diperkenalkan oleh beliau.
Sebagai contoh, misi dan visi Majlis bandaraya Shah alam sendiri meletakkan pembangunan Masyarakat Madani ini sebagai teras kepada kewujudannya,
MBSA telah menjadikan nilai-nilai pembangunan mampan sebagai agenda utama dalam melaksanakan pembangunan sosial, ekonomi dan fizikal Bandar raya Shah Alam berjaya dicapai, selaras dengan usaha ke arah Bandar raya Mampan dan wawasan “Menjadikan Shah Alam sebuah Bandar raya bestari yang indah, berdaya maju dan harmonis dengan alam sekitar ke arah mewujudkan masyarakat Madani melalui nilai-nilai pembangunan mampan”.
Pastu carik signboard ini, dan naik elevetor ke tingkat 24.
Dari tingkat 24 naik satu tangga ke atas tingkat 25.
Bayar lah Rm14 untuk 3 jam dengan free flow drink. (arak pun ada jual you all, kalau nak lah)
Best tak...
tapi yang penting... adaaaaaa
Ada Akak Ziana Zain oke,
Karaoke lain belum ada lagi. Sini ada, cepat sapa suka nyanyi lagu Dingin boleh datang sini.
Hik, on a lighter notes. Pernah sekali dulu ada ura-ura mengatakan Shah Alam akan dilarang mempunyai sebarang pusat hiburan yang boleh melekakan, seperti Panggung wayang, Pusat Snooker, Pusat Karaoke, dan sebagainya.
Tapi sekarang Panggung wayang je belum ada lagi.
Bila nak buat panggung wayang pulak ek.
p/s: Sian PAS, penat je dapat Shah Alam. Tak sempat nak tutup kilang Ancher Beer, dah ada pulak pusat karaoke kat Shah Alam ni ya.
Emmmmmmmmm, abis nak buat camno, Civil Society lah katakan.
5 comments:
jom kongsi kita buat SPA, umah urut dan sepertinya... eheheh
yeah! dah jumpa!
tapi.. pusat hiburan dah tak selari dengan konsep masyarakat madani... cuma kalo ikut pendekatan Turki, konsep madani tidak statik.. ia berubah ikut peredaran zaman.. sebab itylah tercetus pulak konsep Islam Kontemporari.. or Islam Hadhari yang cuba diamalkan..
hmm.. nice thought huh..
happy new yearrrrrrrrrrrrrrrrr !!!
don't mistaken between civil and modernization.
Being civil doesn't necessarily involve a karaoke lounge. In fact, nothing civil about it. Just a modernization, utter development, where man has come to profound the given luxury and forget what it really means to be a civilized human being.
So i completely disagree on the word civil society (masyarakat madani) or whatever.
The way i see it, we are at a downfall era. Morality and ethics are often in question.
Nothing is real anymore. Its all plastic.
Emo lar plaks aku nie.. hahaha...
Cheers,
Post a Comment