Nak cerita pasal musik-musik sikit boleh tak?
Ni nak cerita ni, pasal beberapa perkara yang menjelekkan. Satu pasal lagu-lagu dalam etnik kreatif satu pun tak best. Macam hampeh taik kucing. Kecuali lagu Mawi dan Heliza tu (aiyaa, apa aku cakap ni). Anyway, Mawi tak perform sebab pergi ke jenjalan. Hik.
Pastu, pasal lagu Dingin, Ziana Zain. Lagu tu aku suka gila, sebab sapa tak suka Ziana Zain kan. Sapa tak suka Ziana Zain, orang tu gila. Kalau Ziana Zain nyanyi lagu NegaraKu pun, aku tetap suka gak. Sebab dia Ziana Zain. Period.
Anyway, lagu tu mula-mula tak dapat masuk final, tiba-tiba dapat pulak. Walaupun musik-musik dikatakan mengadili sesebuah lagu berdasarkan Arrangment dan Lirik, dan sedikit dari persembahan. Jadi kalau lagu itu sudah pun tewas di separuh Akhir, apa dia punya kemungkinan untuk menang? Sebab walaupun semua tidak tahu kedudukan 4/5 lagu balada yang masuk ke dalam final, tapi semua orang sudah tahu lagu itu diadili ketika itu berada di tempat ke 6.
Jadi kalau tempat ke enam balada, boleh ke jadi juara. Jadi untuk apa dimasukkan di dalam Final. Adakah dengan alasan, lagu itu mungkin berjaya mengungguli Juara lagu kerana juri-juri telah ditukar, tidakkah ia akan menimbulkan persoalan...
ADAKAH JURI-JURI DI DALAM SEPARUH AKHIR ITU PEKAK, DAN BODOH???
Jadi kesimpulannya, Lagu dingin nyanyian Ziana Zain (Artis wanita paling cool Malaysia) tidak boleh menang, kerana ia akan mengundang kontroversi dan menyebabkan kredibiliti AJL sebagai busuk sebusuk busuknya.
Walaupun, mungkin tidak sebusuk persembahan, lagu dan DIOR sendiri.
By the way, who in his right mind, whould choose Dior as a name.
Anyhoo. kenapa dia perlukan Ziana Zain di dalam AJL?
Adakah kerana mereka terkejut mendengar tepukan gemuruh dan gerak gempita Dewan Kecil Studio 3, ketika Ziana Zain mendendangkan lagunya? Jadi Ziana Zain yang dirasakan tidak releven lagi dalam AJL sebenarnya adalah asset yang tidak boleh dibuang untuk final nanti?
Emm, Ziana penyanyi yang hebat sebenarnya.
Mereka perlukan Ziana Zain utk menarik orang ramai menonton AJL, sebab Mawi busy.
Apa kata kalau Ziana Zain pun tarik diri jugak. Baru le cool kan.
-----------------------
Anyway, ini nak cerita sedikit pasal filem The Day The Earth Stood Still. Filem ini adalah satu filem remake tahun 1950an selepas zaman perang dunia ke 2 yang menjadi satire kepada keadaan dunia ketika itu, dengan pembangunan bomb atom dan sebagainya. Untuk tahun 2008, isu-isu yang dibincangkan terdapat sedikit perubahan.
Aku menyesal menonton sepanjang perjalanan cerita itu. Sumpah, ada beberapa orang yang keluar panggung dan ini jarang berlaku pada filem hollywood terutama pelakonnya adalah sehebat Keanu Reeves.
Tanpa sebarang promosi besar-besaran, aku tertipu bila melihat previewnya ketika menonton filem James Bond: The Quantom of Solace. Dan minat yang membuak-buak untuk menonton filem tersebut adalah kerana Keanu Reeves semata-mata. Dengan harapan mengunung, cerita ini adalah sehebat The Matrix.
Plot ceritanya adalah mudah.
Sekumpulan alien telah dihantar ke dunia untuk melihat perkembangan tamadun di Dunia. Sorang dihantar ke USA (mana lagi ya tak?) sorang lagi dihantar di China Town, USA juga. Emm, tak tau le beberapa orang lagi yang dihantar, tapi yang nampak dua ekor alien tu je lah. Tapi bukan dalam bentuk alien.
Mereka telah bertukar dalam bentuk manusia. Ini kerana mereka khuatir kalau mereka datang dalam bentuk bukan manusia, manusia akan ketakutan, dan tidak mampu berbincang. Tetapi kalau manusia dah tengok ko datang dalam bebola sebesar stadium dan badan berlampu lip lap dengan robot pembantu sebesar bangunan tak ke orang dah seram sejuk dah.
Anyway, dari segi cerita pula....
Kisahnya, dunia ini sebenarnya bukan milik manusia tetapi milik alien. Manusia adalah species yang dibenarkan tinggal di dunia. Tetapi alien buruk siku itu hendak balik dunia ini kerana manusia tidak menjaganya dengan betul, dan akan memusnahkan bumi. Jadi alien itu datang ke dunia untuk melihat keadaan dunia dan juga untuk bertemu dengan world leader yang akan bersidang di Amerika (mana lagi) , untuk memberi ceramah dan membuat kempen menjaga kesejahteraan dunia.
Tetapi, state secretary of America, tidak membenarkan dia bercakap di persidangan itu, sebab dia seorang alien.
Hummmmmmmm...
Jadi kerana tidak boleh membuat kempen kesedaran alam, dia menjadi frust dan dia berjumpa seorang lelaki Cina Tua (yang jugak seorang alien) di sebuah restoren di China Town, dan alien itu terus bercakap Cina dengan lelaki cina tersebut. Walaupun dia boleh je bercakap dalam bahasa alien, dan mengaku itu adalah bahasa russia.
Tapi nooooooooooooooo...
Keanu Reeves mesti bercakap dalam bahasa Cina yang bunyinya tunggang langgang sekali.
Selepas mereka bercakap dalam bahasa Cina, tiba tiba orang Cina itu membuat summary dalam bahasa Inggeris pulak. Rupanya orang cina itu boleh berbahasa inggeris. Sebab dia dah duduk kat Amerika 70 tahun.
Apa yang dorang bincangkan? Keanu Reeves, Alien yang dihantar untuk memusnahkan manusia di dunia, meminta lelaki cina itu membuat liputan mengenai keadaan bumi. Lelaki cina yang sungguh kontradiktori itu mula-mula mengutuk orang bumi, tiba-tiba dia menjadi sedih dan tidak mahu meninggalkan bumi.
Pada masa yang sama, bebola-bebola seumpama guli berbagai saiz telah dihantar ke bumi, dan ada yang memang ada di bumi telah mula mengutip spesis-spesis binatang-binatang di bumi ini. Untuk dihantar ke Zoo di planet mereka. Sedangkan mereka ada teknologi untuk mengclon manusia, tetapi mereka tetap nakkan spesis-spesis ini.
Kiranya macam Bahtera Nabi Nuh, yang akan mengangkat semua makhluk dan bila Alien itu sudah masuk mood pemusnah, tiba-tiba beberapa ekor lipas elektronik bercambah secara miosis dan mitosis dan menjadi banyak seperti ameaba binatang satu sel yang terbelah zigotnya menjadi berbillion-billion banyakkan dan memakan apa sahaja menda yang dilaluinya. Termasuklah semua barangan berasaskan karbon dan bukan karbon.
Very der pengkisahan bagaimana serangga-serangga dan memusnahkan semua tanaman dilepaskan zaman Nabi Musa menentang Firaun yang degil itu.
Moral yang cuba disampaikan adalah Tuhan itu tidak wujud, tuhan itu sebenarnya adalah Alien, dan kita semua ini adalah duduk menumpang di bumi atas belas kasihan alien semata-mata. Dan kisah-kisah di dalam Bible (yang juga ada di dalam Quran) disebut dan diadaptasi dalam bentuk lain.
Macam-macam cara orang musyrikin buat untuk memesongkan pegangan kita. Kalau budak-budak tengok, memang pemahaman mereka akan berubah terus. Tapi, bukan itu sahaja yang menjengkalkan.
Infact segala-galanya tentang filem ini menjengkelkan.
Lakonan-lakonan yang sungguh tak best langsung, plot cerita dan script yang bosan, pemilihan prop yang sungguh bodoh dan nampak murah, dan logik yang tidak masuk akal tetapi di explain untuk memudahkan penerimaan, semua sekali lah tak best. Sungguh membosankan.
Dan di akhir cerita, adakah alien yang tidak beremosi yang mempunyai teknologi hebat yang boleh mencantas sistem telekomunikasi di bumi dan mengetahui segala perkara di bumi, dan mempunyai seorang alien lain yang berada dibumi untuk membuat kajian selama 70 tahun, dan boleh berbahasa dalam banyak bahasa, dan mempunyai ilmu yang hebat yang dihantar ke dunia ini memusnahkan bumi?
Dah sah-sah lah jawapannya tidak, kerana walaupun dia telah tahu banyak perkara, tetapi dia berubah fikiran bila ada seorang wanita telah membawanya berjumpa dengan seorang rakannya pemenang hadiah noble, dan sedikit meyakin alien tersebut bahawa manusia akan berubah dan temadun akan berakhir sebelum sesuatu yang buruk sempat berlaku pada dunia. Dan yang paling meyakinkan alien tersebut bahawa manusia boleh berubah bila dia melihat wanita yang terlalu menyayangi anak angkatnya menangis dan berjanji ...
"we can change.. we can change, give us one chance"Maka alien itu pun insaf dan tidak jadi memusnahkan dunia.
Macam Cipap berkulat tak.
p/s: Cerita tamil lagi elok logiknya dari filem ini, walaupun filem ini tidak ada orang melompat ke belakang naik gunung sambil membaling spek hitam dahulu dan sampai di atas gunung tepat pada masa spek hitam itu jatuh terpasang siap di mukanya.